Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Bukit Jenun mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) ini diwujudkan sesuai dengan hasrat kerajaan untuk mendekatkan lagi pengetahuan ICT kepada semua kelompok masyarakat tidak kira bangsa mahupun agama. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat terutamanya komuniti di kawasan luar bandar. Dengan tubuhnya Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Bukit Jenun yang bermula operasi pada 10 Disember 2012, komuniti setempat haruslah menggunakannya dengan lebih manfaat dan lebih celik IT dimasa akan datang, malah dapat merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
Objektif Penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) :
1.Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
2.Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
3.Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan.
4.Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
Perkhidmatan Yang Disediakan:
1.Capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi
2.Perkhidmatan Wi-Fi bagi capaian penduduk sekitar
3.Kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian.
4.Perkhidmatan pencetak, Laminate, Binding dan Scan
5.Pinjaman Netbook selama sebulan
6.Program latihan ICT , E- pembelajaran dan pembangunan modal insan
- 7.Aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh Pengurus dan Penolong Pengurus
Jumlah Keahlian :
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Bukit Jenun telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2012. Ramai telah mendaftar diri Pusat Ekonomi Digital Pekan Bukit Jenun bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah :
Ahli Lama |
907 |
Keseluruhan Ahli Pada Mei 2024 |
1079 |
Petugas Yang Bertugas Di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Bukit Jenun:
Untuk menjadi petugas Pusat Ekonomi Digital, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Bukit Jenun.Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami.

Nama : Norlila Binti Ibrahim
Mula Berkhidmat : 03 September 2024
Penolong Pengurus
Nama : Nadzirah Binti Othman
Mula Berkhidmat : 15 Nov 2021
No Tel : 013-4148287/ 019-5653864
EMAIL : norlila.ibrahim@pedi.my / nadzirah.othman@pedi.my
PORTAL : bukitjenun.pjk.com.my
FACEBOOK : https://www.facebook.com/NADIBukitJenun
ALAMAT : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Bukit Jenun, Dewan Orang Ramai Bukit Jenun, 06720 Pendang, Kedah.