1) PROGRAM WORD KREATIF
Tarikh: 25 April 2015
Tujuan Program: Program pertandingan diantara ahli Pusat Ekonomi Digital yang berskala kecil dengan menggunakan Microsoft Office Word 2010 sebagai aplikasi pembelajaran.
Butiran Aktiviti:
Sesi 1: Membuat Resume
9.00 pagi – 11.00 pagi
Golongan belia lepasan STPM
Sesi 2: Mencipta Poster “Digital Life”
11.00 pagi – 1.00 petang
Golongan pelajar sekolah

2) PROGRAM ADOBE HUNT
Tarikh: 23 May 2015
Tujuan Program: Program pembelajaran menggunakan Adobe Photoshop sebagai langkah awal untuk Program Pertandingan Poster bagi Sekolah Angkat Pusat Ekonomi Digital. Program ini juga dapat meningkatkan KPI Pusat Ekonomi Digital dan menambah keahlian Pusat Ekonomi Digital.

3) PROGRAM BIZ TRAINER
Tarikh: 13 June 2015
Tujuan Program: Kelas pembelajaran keusahawanan bagi komuniti yang berminat untuk mendalami ilmu perniagaan diatas talian dan juga meningkatkan keahlian Pusat Ekonomi Digital dan KPI Pusat Ekonomi Digital.

4) PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK (KDB) – KERJASAMA DENGAN PERPUSTAKAAN DESA BUKIT JENUN SEMPENA PROGRAM JOM DATANG KE PERPUSTAKAAN DESA
Tarikh: 13 June 2015
Tujuan Program: Tujuan program ini dijalankan kepada penduduk setempat adalah untuk memberikan pendedahan kepada semua golongan tentang panduan keselamatan di internet. Selain itu, program ini juga dapat memberikan kesedaran kepada mereka mengenai risiko – risiko yang mungkin akan dihadapi oleh mereka khususnya golongan belia yang banyak terdedah kepada penggunaan internet di dalam kehidupan seharian. Dengan adanya program KDB, penduduk setempat dapat diberikan pendedahan awal tentang risiko kesalahan penggunaan internet.

5) HARI KESIHATAN
Tarikh : 12 Septemner 2015
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan alatan I – Health kepada komuniti dan mengeratkan hubungan silaturrahim dengan petugas Pusat Ekonomi Digital. Selain itu, bagi memeriahkan lagi program hari kesihatan ini kami juga mengadakan pelbagai jenis aktiviti seperti mewarna,sukaneka,senamrobik,promosi keahlian,cabutan bertuah, pertandingan ratu cilik dan sebagainya.


6) Tayangan Movie sempena cuti sekolah
Tarikh : 3/12/2015
Tujuan Program: Tayangan Movie ini ditayangan kan adalah bagi menarik minat ahli Pusat Ekonomi Digital untuk datang ke Pusat Ekonomi Digital dan dapat menambah keahlian Pusat Ekonomi Digital.


